Semua perempuan ingin kelihatan cantik & sudah menjadi lumrah dunia, perempuan meriaskan diri untuk kelihatan cantik. Kecantikan dan keindahan memang sudah sebati dengan kaum perempuan. Panca indera yang tidak ternilai ini seringkali menjadi salah satu titik mula di mana kecantikan terserlah melaluinya. Dengan solekan yang mantap pasti membuatkan seseorang itu tampil cantik dan mempersona.
Mata memainkan peranan yang sangat penting untuk menaikkan seri wajah seseorang. Memiliki sepasang mata yang cantik boleh menawan sesiapa saja yang memandang. Rahsianya mudah sahaja, pastikan solekan yang digunakan pada pembayang mata cantik dan ditambah pula dengan alis mata yang hitam mampu memberikan impak dan kesan yang memuaskan. Untuk mendapatkan mata yang cantik dan alis mata serta kawasan di sekitarnya, solekan mata haruslah cantik dengan menggunakan kosmetik tertentu.Maskara digunakan untuk:
~ menjadikan lentikan bulu mata lebih tahan lama
~ merawat bulu mata yang rosak
~ melembapkan bulu mata yang kering
~ mengelakkan bulu mata palsu tertanggal
~ supaya bulu mata kelihatan lebat, lebih panjang dan lentik
Dapatkan Jelingan Mata Memukau
1. Sebelum menggunakan maskara, pastikan anda bentukkan atau lentikkan dahulu bulu mata anda untuk seketika dengan penyepit bulu mata.2. Pastikan keseluruhan berus berlumur dengan maskara.
3. Mulakan dengan mengaplikasi maskara pada bahagian atas, kemudian sikat bulu mata dengan menggunakan bersu khusus.
4. Setelah itu, aplikasikan pada lapisan bawahnya pula.
5. Ingat, jangan melentikkan bulu mata selepas mengaplikasikan maskara kerana ia akan menyebabkan bulu mata akan menggumpal antara satu sama lain.
Kesan Sampingan
Sekarang terdapat pelbagai bahan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan. Berhati-hati menggunakan bahan-bahan ini kerana mata amat sensitif terhadap bahan-bahan kimia bagi mencantikkan bulu mata dan kening. Anda perlu peka terhadap produk yang ada, jika tidak ianya pasti memudaratkan anda. Kesan sampingan yang mungkin akan timbul adalah seperti terasa gatal-gatal, pedih dan berair.




0 comments:
Post a Comment